Wednesday, 23 March 2016

Lagu-Lagu Patriotik




NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta



SABAH TANAH AIRKU
Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.

Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.



31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Malaysia Berjaya
Malaysia kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya

Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Dengan semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia berjaya


Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang


Wednesday, 16 March 2016

Lirik Lagu Assalamualaikum – Faizal Tahir



Na na na na na na na na

Na na na na na na na na
Na na na na na na na na
Na na na na na na na na


Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca tv dalam internet
Hanya darah dan air mata


Ramai yang hina agama ku
Terasa bakar di jiwa ku
Can’t believe that people like this
Can’t believe who are living like this


Apa kita hanya terima sahaja


Assalamualaiku dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa


Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia


Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum


Warna kulit kaum asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah mata mu mengatasi akal mu
Satu untuk semua, semua untuk satu


I believe we are better than this
We keep all bit better than this


Apa kita hanya berdiam sahaja


Assalamualaiku dunia
Bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita
Semua serupa


Damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum


Dengar aku, dengar aku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuni ku ampuni ku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu


Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum
Assalamualaikum damai pada dunia
Assalamualaikum


Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara


Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia


Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua


Tuesday, 15 March 2016

Khasiat Air Zamzam





Diriwayatkan oleh Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah, Rasulullah pernah bersabda "Air zam zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan dan dikehendaki".

Diriwayatkan juga Rasulullah meminum air zam zam dan tangan baginda yang mulia dan penuh barakah dicelupkan ke dalam perigi air zam zam.

Al-Munawa (ahli ilmuan) berkata "Air zam zam adalah penghulu segala air, air yang paling mulia, berharga dan disukai".

Air zam zam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Air zam-zam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi muhammad S.A.W. bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam-zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit".





Senaman Asas Tekan Tubi


Pumping ataupun Push Up adalah nama sinonim bagi Tekan Tubi. Budaya kita lebih tahu perkataan "push up" daripada "tekan tubi" yang mana maksudnya sama cuma bahasa yang berlainan. Push Up dari bahasa English dan Tekan Tubi dari bahasa Melayu.


PART 1

Terdapat bermacam-macam teknik dan cara untuk melakukan senaman ini, Diamond, Handstand, One handed dan banyak lagi tapi dalam artikel ini, saya cuma menerangkan senaman asas tekan tubi yang saya lakukan iaitu ' Basic Push Up '


PART 2
          
Basic Push Up 

Latihan ini di lakukan pada permukaan rata (rumput, lantai, jalan raya) atau mana-mana permukaan yang rata. Latihan ini bukan saja menguatkan bahagian dada tetapi akan melibatkan otot-otot lain seperti Triceps dan Perut anda. Sekiranya anda ingin mempunyai dada yang bidang dan perut yang kuat maka senaman tekan tubi amatlah digalakkan.  

Sekian.

Friday, 26 February 2016

Jangan Menuntut Kesempurnaan






semasa menjalani latihan industri 2016





Semakin akrab kita dengan seorang sahabat, semakin jelas kita melihat kelemahannya. Teman kita memang tidak sempurna, tapi kita juga sama. Karena itu, kita tidak boleh mengharapkan atau menuntut kesempurnaan dari sahabat kita. Sebaliknya, lebih baik kita menghargai kelebihan mereka dan memaklumi kesalahannya.
Seorang sahabat yang selalu memimpikan sahabatnya yang lain selalu ada di saat suka dan duka, maka bersiaplah untuk kecewa kerana memang tidak ada yang akan untuk bersama dengan kita di saat suka dan duka. Seorang teman yang berharap kehadiran sahabat-sahabatnya untuk mendengarkan segala keluh kesah maka bersiaplah untuk kecewa karena sejatinya semua orang ingin didengarkan tapi belum tentu mau hadir untuk mendengarkan orang lain.

InsyaAllah.. :)

#MohonJadiBaik #zainean

Friday, 3 January 2014

Warna -Warni Pilihan Raya Kampus Politeknik Kota Kinabalu.. .

Assalamualaikum W.B.T. 

Ana ucapkan kepada sahabat yang Ana kasihi sekalian.Telah sekian lama Ana tidak membuat coretan dalam Blog Ana nie. . haha..

Oleh itu,Ana cuma mau kongsikan Pilihan Raya Kampus tempat Ana study...ok.
 Untuk pengetahuan sahabat sekalian, Ana merupakan Calon Umum bgi PRK sesi disember 2013/2104,bersama-sama dengan 5 orang lagi calon umum yang lain. .pertama kalinya Ana menolak sekerasnya-kerasnya untuk menjadi calon pilihan ini. tetapi atas desakan sahabat-sahabat yang lain ,Ana akhirnya menerima jga tawaran ini..tetapi dalam hati .Ana cuma ada satu sahaja,iaitu  Ana mau ikut PRK nin adalah untuk sekadar ingin menimba pengalaman sahaja dan Ana sendiri tidak bersungguh-sungguh untk berjaya. 

   






Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba..tepat jam 9pagi -4petang tanggal 18 disember,,,seluruh pelajar politeknik kota kinabalu keluar mengundi bagi melaksanakan tanggungjawab mereka..


Setelah selesai proses pengundian ,tibalah ke agenda seterusnya ,iaitu pengiraan undi.
Sekitar jam 12 tgahmalam. .akhirnya keputusan telah keluar..
Dan Alhamdulillah Ana tidak menang undi ,tetapi berjaya menjadi Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar.

     



Dan Ana juga bersyukur,kerana Ana tidak menjadi YDP MPP ,kerana mengikut sistem undian calon yang mendapat undi terbanyak ,akan automatik mejadi YDP MPP,Alhamdulillah....

Tetapi......pada malam 19 Disember,satu perjumpaan bagi 5 orang calon umum(parlimen) dan 5 orang calon jabatan(undangan negeri) masing-masing telah diadakan. .pada malam tersebut perlantikan pembahagian Exco dan perlantikan MT MPP berlangsung.... Dan entah mengapa Ana dijadikan sebagai YDP MPP sesi 2103/2104.....Jadi YDP memang susah,sangat banyak bezanya dengan MPP peringkat sekolah menengah..itulah Ana memang tidak mahu jadi YDP.....tetapi apa boleh buat mgkin inilah suratan takdir Ana..Ana berharap Ana dapat membawa nama politeknik kearah yang lebih tinggi lagi....Tahniah dan takziah Ana ucap kan..

 BARISAN MAJLIS TERTINGGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU SESI 2013/2014 :


YANG DI PERTUA


ZAININ BIN SARIF MAJAN

TIMBALAN YANG DIPERTUA 1
SURYANI BINTI NURDIN

TIMBALAN YANG DIPERTUA 2
MOHAMAD SHAHRAN BIN SULAIMAN

SETIAUSAHA KEHORMAT
MUHAMAD ADIB BIN SULAIMAN

BENDAHARI KEHORMAT
NORHASLINDA BINTI MUSLIE





                                          sekian terima kasih....

Sunday, 2 June 2013

PSIKOLOGI DALAM ISLAM

Sejarah keilmuan Islam yang gemilang mencatat tiga corak pendekatan dalam memahami jiwa manusia. Pertama, pendekatan Qur’ani-Nabawi dimana jiwa manusia dipahami dengan merujuk pada keterangan kitab suci al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah saw. Perbincangannya berkisar sifat-sifat universal manusia (syahwat kepada lawan jenis, properti, uang, fasilitas mewah, takut mati, takut kelaparan, pongah, pelit, korup, gelisah, mudah frustrasi), sebab maupun akibatnya (lupa kepada Allah, kurang berzikir, ikut petunjuk syaitan, tenggelam dalam hawa nafsu, hidup merana dan mati menyesal, di akhirat masuk neraka), dan beberapa karakter jiwa (nafs): yang selalu menyuruh berbuat jahat (ammarah bis-su’), yang senantiasa mengecam (al-lawwamah) dan yang tenang damai (al-mutma’innah). Perspektif ini diwakili oleh tokoh-tokoh semisal Ibn Qayyim al-Jawziyyah (w. 1350). Dalam kitabnya ar-Ruh, misalnya, diterangkan bagaimana ruh menjalar di tubuh manusia yang memungkinkannya bergerak, merasa, dan berkehendak. Ruh orang mati itu wujud dan merasakan siksa di alam kubur sekalipun jasadnya hancur.   
Kedua, pendekatan Falsafi dimana pelbagai masalah jiwa dibahas menurut pandangan para filsuf Yunani kuno. Mazhab falsafi ini mulai berkembang pada abad ke-10 Masehi, menyusul penerjemahan karya-karya ilmuwan Yunani kuno ke dalam bahasa Arab. Para psikolog Muslim pada masa itu banyak dipengaruhi oleh teori-teori jiwa Plato dan Aristoteles. Tak mengherankan, sebab Aristoteles mengupas aneka persoalan jiwa manusia dengan sangat logis dan terperinci. Teori-teorinya tertuang dalam bukunya De Anima (tentang hakikat jiwa dan aneka ragam kekuatannya) dan Parva Naturalia (risalah-risalah pendek mengenai persepsi inderawi dan hubungannya dengan jiwa, daya hapal dan ingatan, hakikat tidur dan mimpi, firasat dan ramalan). Adapun Plato ialah filsuf yang pertama kali melontarkan teori tiga aspek jiwa manusia: rasional (berdaya pikir), animal (hewani), dan vegetatif (berdaya tumbuh).  
Hampir semua filsuf Muslim yang menulis karya tentang jiwa bertolak dari pandangan Aristoteles. Mulai dari Miskawayh yang menulis kitab Tahdzib al-Akhlaq dan Abu Bakr ar-Razi pengarang kitab at-Thibb ar-Ruhani hingga Ibnu Rusyd dan Abu Barakat al-Baghdadi. Menurut mereka, jiwa manusia adalah penyebab kehidupan. Tanpa jiwa, manusia tak berarti apa-apa. Kecuali ar-Razi, semua filsuf percaya bahwa jiwa manusia itu tunggal dan sendiri. Karenanya mereka menolak teori transmigrasi jiwa dari satu tubuh ke tubuh yang lain, seperti dalam kepercayaan agama tertentu. Dalam salah satu kitabnya, Ibnu Sina menegaskan pentingnya penyucian jiwa dengan ibadah seperti shalat dan puasa. Sebab, menurutnya, jiwa yang bersih akan mampu menangkap sinyal-sinyal dari alam ghaib yang dipancarkan melalui Akal Suci (al-‘aql al-qudsi). Kemampuan semacam inilah yang dimiliki oleh para nabi, tambahnya. Jiwa para nabi itu begitu bersih dan kuat sehingga mereka mampu menerima intuisi, ilham dan wahyu ilahi (Lihat: kitab an-Nafs, ed. Fazlur Rahman, hlm 248-50 dan Avicenna’s Psychology, hlm 36-7).   
Ketiga ialah pendekatan Sufistik dimana penjelasan tentang jiwa manusia didasarkan pada pengalaman spiritual ahli-ahli tasawuf. Dibandingkan dengan psikologi para filsuf yang terkesan sangat teoritis, apa yang ditawarkan para sufi lebih praktis dan eksperimental. Termasuk dalam aliran ini kitab ar-Riyadhah wa Adab an-Nafs karya al-Hakim at-Tirmidzi (w. 898) dimana beliau terangkan kiat-kiat mendisiplinkan diri dan membentuk kepribadian luhur. Menurut Abu Thalib al-Makki (w. 996), jiwa manusia sebagaimana tubuhnya membutuhkan makanan yang baik, bersih, dan bergizi. Jiwa yang tidak cukup makan pasti lemah dan mudah sakit. Semua itu diterangkan beliau dalam kitab Qut al-Qulub (‘nutrisi hati’).
Tokoh penting lainnya ialah Imam al-Ghazali (w. 1111 M) yang menguraikan dengan sangat memukau aneka penyakit jiwa dan metode penyembuhannya. Penyakit yang diderita manusia ada dua jenis, ujarnya, fisik dan psikis. Kebanyakan kita sangat memperhatikan kesehatan tubuh tetapi jarang peduli dengan kesehatan jiwa. Bagaimana cara mengobati penyakit-penyakit jiwa seperti egoisme, serakah, phobia, iri hati, depresi, waswas, dsb beliau jelaskan dalam kitabnya yang berjudul Ihya’ ‘Ulumiddin. (Lihat juga: Amber Haque, “Psychology from Islamic Perspective: Contributions of Early Muslim Scholars and Challenges to Contemporary Muslim Psychologists,” Journal of Religion and Health 43/4 [2004], hlm 357-77).   
Di abad modern, upaya-upaya untuk menyelami lautan ilmu psikologi Islam dan “menjual mutiara-mutiara”nya brilian masih terkendala oleh beberapa hal. Selain sikap prejudice terhadap khazanah intelektual Islam di satu sisi, dan sikap fanatik terhadap psikologi Barat modern yang nota bene sekular-materialistik di sisi lain, penguasaan bahasa Arab merupakan conditio sine qua non (syarat mutlak) untuk bisa menjelajahi literatur psikologi Islam yang sangat kaya namun belum terjamah itu. Psikolog muslim tinggal memilih mau terus-terusan merujuk Freud, Skinner, Maslow, Ellis, dsb atau belajar dari para ahli psikologi Islam.
Penulis: Dr. Syamsuddin Arif

Popular Posts