Saturday, 4 August 2012

Kelebihan Solat Sunat tarawih....


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar


Sunday, 29 April 2012

1.     Perkataan yang cantik  - ALLAH

2.     Lagu yang merdu         - AZAN
3.     Novel yang menarik    - AL-QURAN
4.     Senaman yang baik     - SOLAT
5.     diet yang sempurna     -PUASA

Friday, 9 March 2012

Mutiara kata. . ..

Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata), telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap), zina tangan (berpegangan), zina kaki (melangkah pergi jumpa), zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.”

Saturday, 25 February 2012

Kata-Kata Semangat. . ...

Musim peperiksaan kembali lagi. Bagi calon-calon PMR dan SPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. Tetapi tidak kurang juga, kata-kata semangat dan ayat motivasi haruslah sentiasa berlegar di fikiran agar kita tidak mudah mengalah untuk berjuang sehingga tamat peperiksaan. 
Tips untuk kekal dalam motivasi adalah sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau " Aku perlu baca buku untuk dapat 9A" dan sebagainya. sebagai pelajar, kita perlu ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Jangan cepat mengalah, supaya kita tidak kalah. Ingat! kegagalan hari memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya.
Kita menuju ke puncak kejayaan!

5 Perkara Penawar Hati. . ..



1- Membaca Al-Quran berserta tadabbur.
2- Mengosongkan perut ( buang tabiat suka makan tanpa mengira masa ).
3- Menunaikan solat sunat  pada waktu malam.
4- Berdoa ketika bersahur.
5- Menghadirkan diri dalam Majlis yang berkaitan dengan kuliah para ulamak.

7 Perkara Yang Wajid Kita Tinggalkan. . ..


  1. Tinggalkan pandangan liar akan dapat tekun dan khusyuk.
  2. Tinggalkan bercakap banyak akan dapat hikmah dan bijaksana.
  3. Tinggalkan makan banyak akan dapat sihat dan rajin beribadah.
  4. Tinggalkan melihat aib orang akan dapat melihat aib diri.
  5. Tinggalkan memikirkan zat Allah akan lepas dari keraguan dan munafik.
  6. Tinggalkan banyak tidur akan terlepas dari papa.
  7. Tinggalkan makan haram akan hidup hati dan kabul doa.
  8. Tinggalkan makan syubahat akan jernih hati dan kuat agama.
  9. Tinggalkan maksiat akan dapat terang hati dan manis ibadah.
  10. Tinggalkan cinta dunia akan dapat mencintai Allah.
  11. Tinggalkan riak, ujub dan takabur akan terlepas dari syirik halus dan diterima ibadah.
  12. Tinggalkan da’wi akan dapat tawadduk. (da’wi iaitu mengaku diri  kita terbaik).

Saturday, 18 February 2012

10 Pesanan Imam Shafie Ynag Perlu Diikuti . . . .


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  
  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Ciri-Ciri Orang Yang Berjaya


Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.
Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.
Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.
Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.
Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.
Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.
====
Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Amiin.

Kata-Kata Bijak Agama Islam

Tiga sifat manusia yang merusak adalah : kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, serta sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan. ~ Nabi Muhammad Saw
Pahlawan bukanlah orang yang berani menetakkan pedangnya ke pundak lawan, tetapi pahlawan sebenarnya ialah orang yang sanggup menguasai dirinya dikala ia marah. ~ Nabi Muhammad Saw
Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ~ Nabi Muhammad SAW
Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar. ~ Nabi Muhammad SAW
Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia. ~ Nabi Muhammad SAW
Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian. ~ Nabi Muhammad SAW
Kecintaan kepada Allah melingkupi hati, kecintaan ini membimbing hati dan bahkan merambah ke segala hal. ~ Imam Al Ghazali
Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar. ~ Khalifah ‘Umar
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan uangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan. ~ Ibnu Mas’ud
Ketahuilah bahwa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya, jika kesabaran hilang, maka seluruh permasalahan akan rusak. ~ Khalifah ‘Ali
Sabar memiliki dua sisi, sisi yang satu adalah sabar, sisi yang lain adalah bersyukur kepada Allah. ~ Ibnu Mas’ud
Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu. ~ Khalifah ‘Ali
Orang yang paling aku sukai adalah dia yang menunjukkan kesalahanku. ~ Khalifah ‘Umar
Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan, oleh karenanya, ketika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk. ~ Imam An Nawawi
Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu. ~ Sayidina Abu Bakar
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar. ~ Sayidina Umar bin Khattab
Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki. ~ Sayidina Umar bin Khattab
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan yaitu : Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna. ~ Sayidina Abu Bakar

Kata-kata Hikmah khalifah Islam

  • SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. 2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki. 3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia. SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH : 1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai. 2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? 3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya. 4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. UMAR BIN AZIZ : 1. Orang yang bertakwa itu dikekang. 2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal. 3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa. SUFFIAN AS THAURI : 1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat. 2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia. 3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Sunday, 5 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasulullah 1433H

12 Rabiulawal 1433 tarikh yang dinantikan oleh umat Islam khususnya di Malaysia bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW. Malam ini sesetengah masjid telah mengadakan sambutan dengan ceramah. Esok hari peringkat kerajaan diadakan perarakan dan penyampaian anugerah kepada orang yang berjasa kepada agama dan negara.
Alhamdulillah pada hari ini sudah tidak ada lagi suara sumbang yang menganggap bidaah sambutan ini. Malah sudah banyak bukti lain bagi menguatkan sambutan ini. Antara yang baru saya dengar, memang Rasulullah tidak  sambut, tetapi sahabat sangat membesarkan Rasulullah. Rasulullah tidak larang sahabat memuliakan baginda. Kalau waktu hidup dimuliakan, salahkah kita muliakan selepas wafatnya? Tentu lebih patut.
Sesuatu yang Rasulullah tidak larang termasuk dalam sunah juga iaitu taqrir. Sama macam Rasulullah tidak larang sahabat makan dhab. Baginda tidak makan tetapi baginda tak larang, maka ini sunah taqrir. Sama juga dengan selamat dan marhaban, sahabat sambut Rasulullah ketika tiba di Madinah dari Makkah. Rasulullah tidak suruh dan tidak larang perbuatan sahabat. Maka ini juga termasuk sunnah secara taqrir.
Oleh sebab itu, tidak salah kita berarak pada hari sambutan Maulidurrasul. Wallahu Aklam.

wanita mudah masuk syurga

Benar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Memang mudah wanita masuk syurga, hanya dengan melakukan empat perkara, tetapi manfaatnya bahagia di dalam syurga. Tetapi dalam isra’ nabi baginda digambarkan wanitalah yang paling ramai penghuni neraka. Kenapa jadi begitu? Jawapannya mudah, boleh jadi kerana ramai wanita gagal mematuhi empat perkara tersebut.
Realiti yang kita lihat pada hari, wanita boleh melakukan solat lima waktu dengan baik. Tetapi ramai juga yang melakukannya secara tidak sempurna. Malah ada yang tidak melakukan solat langsung. Solat tidak sempurna samalah seperti tidak solat kerana solatnya tidak mampu mencegah daripada seseorang itu melakukan dosa dan maksiat.
Wanita amat rajin berpuasa, tetapi dalam keadaan berpuasa mereka juga melakukan dosa, sedangkan dosa itu boleh mengurangkan pahala puasa. Semua ini boleh menyebabkan puasanya tidak diterima oleh Allah. Puasanya hanya ibarat berlapar sahaja, tidak ada pahala. Bayangkan dua ibadah ini saja tidak memungkinkan dia masuk syurga.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.

Popular Posts