- SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti. 2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki. 3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia. SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH : 1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai. 2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima? 3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya. 4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya. UMAR BIN AZIZ : 1. Orang yang bertakwa itu dikekang. 2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal. 3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa. SUFFIAN AS THAURI : 1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat. 2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia. 3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."
Saturday, 18 February 2012
Kata-kata Hikmah khalifah Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Musim peperiksaan kembali lagi. Bagi calon-calon PMR dan SPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. Tetapi tidak kurang juga...
-
Assalamualaikum W.B.T. Ana ucapkan kepada sahabat yang Ana kasihi sekalian.Telah sekian lama Ana tidak membuat coretan dalam Blog Ana nie...
-
Sejarah keilmuan Islam yang gemilang mencatat tiga corak pendekatan dalam memahami jiwa manusia. Pertama, pendekatan Qur’ani-Nabawi dima...
-
“ Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata ), telinga berzina ( saling dengar pujuk rayu ), lidah berzina ( cakap-cakap ), zina tan...
-
1- Membaca Al-Quran berserta tadabbur. 2- Mengosongkan perut ( buang tabiat suka makan tanpa mengira masa ). 3- Menunaikan solat s...
-
Pumping ataupun Push Up adalah nama sinonim bagi Tekan Tubi. Budaya kita lebih tahu perkataan "push up" daripada "tekan...
-
Assalammualaikum . .W.B.T.. adakah setiap hari anda bangun dari tidur anda mengucapkan Alhamduliilah . . Seperti yang anda ketahui,tidur ...
-
Na na na na na na na na Na na na na na na na na Na na na na na na na na Na na na na na na na na Apa yang ku lihat ini ...
-
Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga ...
-
Benar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, da...
No comments:
Post a Comment